PENGAWAL KESELAMATAN TUMBANG ‘MAKAN’ BUKU LIMA, PETINJU MMA DEDAH KISAH SEBENAR
Baru-baru ini, video menyaksikan perselisihan faham antara seorang pengawal keselamatan dan petinju MMA (Mixed Martial Arts), Tony Lim, 22, sempat tular di media sosial.
Difahamkan, kejadian itu berlaku pada 10 Julai lalu di luar kawasan kondominium yang didiami Tony bertempat di Selangor.
Beberapa hari sebelumnya, pengawal berkenaan didakwa menyerang penduduk di sana dan kejadian itu telah dirakamkan oleh pihak Tony.
Tidak berpuas hati dengan hal itu, dia mengajak Tony untuk selesaikan masalah mereka di luar secara bersemuka. Tony yang langsung tiada niat menggunakan kekerasan bagaimanapun terus diprovokasi tanpa henti.
Berdasarkan temubual lanjut, Tony berkata responnya membalas tindakan pengawal tersebut adalah demi untuk melindunginya diri.
Masalah antara kedua-dua pihak bagaimanapun sudah diselesaikan secara damai setelah mereka pergi ke balai polis.


コメント